Latar belakang Kungssången

Komposer lagu ini ialah Otto Lindblad dan liriknya ditulis oleh Carl Vilhelm August Strandberg.

Lagu ini diangkat sebagai lagu diraja secara rasminya pada tahun 1893, menggantikan lagu Bevare Gud vår kung (Tuhan Peliharakan Raja Kita). Bagaimanapun, lagu ini telah dipersembah buat pertama kalinya pada 5 Disember 1844 di Universiti Lund sebagai meraikan pertabalan Raja Sweden ketika itu, Raja Oscar I.

Lagu ini lazimnya dimainkan ketika kehadiran Raja, ketika pembukaan persidangan Riksdag (Parlimen) dan ketika majlis penyampaian Hadiah Nobel.

Lagu ini mempunyai 5 rangkap[1], tetapi untuk melambangkan Raja, hanya satu rangkap sahaja dimainkan secara lazim. Lagu ini turut boleh dimainkan dalam rangkap pertama dan kelima.